Create your own banner at mybannermaker.com!
BLOG JIWA KACAU Blog Jiwa Kacau... · Hikmah Disebalik Musibah

Hikmah Disebalik Musibah

Sesungguhnya semua umat manusia di dunia ini memang tak boleh terlepas daripada dilanda musibah . Tidak kira musibah itu kecil atau besar. Musibah juga datang melanda tanpa mengira agama, jantina, umur, pangkat dsb.
Kita sebagai umat yang berpegang teguh kepada ajaran agama islam, apabila musibah? menimpa kita, maka kita haruslah mengambil sikap agar beban menjadi ringan bahkan menjadi rahmat.

PERTAMA:
Apabila ditimpa musibah hendaknya kita mengucapkan “innaalillaahi wainnaa ilaihi raaji’uun” (“sesungguhnya kita milik Allah dan kepadanya kita akan kembali”).

Ucapan istirjaa mengandungi pengertian bahawa diri kita, keluarga dan harta benda kita adalah milik Allah Ta’ala. Sebagai ingatan, apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak akan membawa apa-apa kecuali amal soleh kita sahaja. Tetapi dalam masyarakat kita hari ini, ucapan istirjaa’ hanya diucapkan apabila ada mendengar berita-berita kematian sahaja.
KEDUA:
Hendaknya kita yakin dengan takdir Allah Ta’ala baik dan buruknya. Ini penting kerana keyakinan dengan rukun iman yang keenam ini akan meringankan beban kita.
KETIGA:
Hendaknya kita bersyukur kerana musibah yang menimpa kita tidaklah lebih besar dari yang menimpa orang lain. Ramai orang yang sebenarnya tertimpa musibah tetapi dia tidak menyedarinya, yakni tertimpa musibah dalam agamanya.
Yang menghairankan adalah tidak sedikit orang yang terjatuh pada musibah agama (musibah diniyah), namun ia sedikitpun tidak merasa sedih. Contoh musibah agama ialah seperti perzinaan, makan riba, membunuh jiwa yg tidak halal, jumpa dukun/bomoh dll. Kes-kes seperti ini hampir setiap hari dilaporkan di akhbar tempatan. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang!!!
KEEMPAT:
Hendaknya kita tidak berkeluh kesah @ merungut apabila kita timpa musibah sebab itu semua tidak akan mengembalikan apa yang telah hilang. Berkeluh kesah juga menunjukkan sesorang itu tidak redha akan takdir Allah Ta’ala.
KELIMA:
Kita harus yakin bahawa apa yang menimpa, jika kita sabar dan redha, maka Allah Ta’ala pasti memberi ganti atau ganjaran. Allah Ta’ala akan memberi kenikmatan, barkah, kelazatan, kebaikkan yang berlipat kali ganda. Bahkan musibah yang melanda akan menghapuskan dosa-dosa dan akan menyucikan jiwa-jiwa kita.
Semoga kita semua menerima setiap musibah yang menimpa kita dengan baik dan benar. Sabar dan redha serta selalu bersyukur kepada Allah Ta’ala, insyaallah kita akan mendapat kelazatan iman.

WJR5MQX5C9M7

MASUKKAN E-MAIL ANDA UNTUK MENERIMA ARTIKEL TERBARU BLOG INI

Delivered By FeedBurner

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 347


Artikel Berkaitan :

coded by nessus
  1. Rancangan manusia itu hebat tetapi rancangan ALLAJ lagi MAHA hebat dan setiap kejadian itu samada baik atau sebaliknya pasti ada HIKMAHnya
    denaihati“s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

    Reply

  2. sesungguhnya kita janganlah sesekali lupa akan kekuasaan ALLAH swt itu…

    Reply