Create your own banner at mybannermaker.com!
BLOG JIWA KACAU Blog Jiwa Kacau... · Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Salam Jumaat & Salam Maulidur Rasul kepada rakan-rakan semua. Semestinya ramai yang bercuti hari ini kans? Saya harap agar anda semua dapat menikmati cuti dengan aktiviti yang berfaedah.

Seperti yang kita sedia maklum, tiap-tiap tahun kita memang tak pernah lupa untuk meraikan hari kelahiran junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan perarakan, ceramah agama, bacaan selawat dsb. Tapi tahukah kita akan sejarah bermulanya sambutan Maulidur Rasul ini.

Untuk entri kali ini, saya akan cuba berkongsi sedikit maklumat mengenai tajuk di atas secara ringkas.

SEJARAH MAULIDUR RASUL:

Perayaan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh Kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimiah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah s.a.w, tetapi juga ahli keluarga Nabi s.a.w seperti Zainab, Hassan, Hussein (r.a) juga dirayakan.

Walaubagaimanapun, perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri, Al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti yang tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan ketika itu. Beliau telah memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Perayaan diadakan pada 8? Rabiulawal dan kadang-kadang pada 12 Rabiulawal. Sambutannya diisi dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi s.a.w sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian dijadikan jamuan besar-besaran.

HUKUM MAULIDUR RASUL:

Seperti yang telah kita maklum, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Para ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Ada yang membolehkan dan sebaliknya. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana kita harus turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama-ulama yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka.

HUJAH YANG MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL:

Salah seorang ulama yang membolehkan perayaan Maulidur Rasul ini ialah Syeikh Yusuf Qardawi. Antara ringkasan kata-kata beliau:

“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah s.a.w. dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah s.a.w. itu kekal di dalam hati dan ingatan.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Mauildur Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Tetapi malangnya, Maulidur Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid’ah yang ditentang oleh Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulidur Rasul ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman:

“Maka orang-orang yang berfirman kepadanya (Muhammad s.a.w.) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Surah Al-Araf: Ayat 57

Keterangan:

Tujuan maulid diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. Maka perayaan maulid masuk dalam umum ayat tersebut.

2. Firman Allah:

“Dan ingatlah mereka dengan hari-hari Allah.” Surah Ibrahim: Ayat 5

Keterangan:

Al-Baihaqi di dalam “Syakbu Al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi s.a.w., sesungguhnya baginda menafsirkan “hari-hari Allah” ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nikmat yang paling besar”.

Saya kerap juga mengikuti ceramah agama di sambutan Maulidur Rasul di sekitar Johor Bahru. Antara penceramah-penceramah undangan yang pernah saya dengar ceramahnya ialah seperti Dato’ Noh Gadut (bekas mufti Johor), Dato Jamil Khir Baharom (bekas pengarah KAGAT), Ustaz Najmuddin (bekas pegawai KAGAT), Dr. Mohd Ridhuan Tee, Ustaz Morsyid (Jabatan Agama Islam Johor), Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz, Ustazah Siti Nurbahyah, Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Allahyarham Dato’ Kiyai Shamsuddin dll.

Semoga entri kali dapat kita manfaatkan bersama.

(sumber rujukan: Suara Ulama’ – Persatuan Ulama’ Malaysia)

MASUKKAN E-MAIL ANDA UNTUK MENERIMA ARTIKEL TERBARU BLOG INI

Delivered By FeedBurner

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 404


Artikel Berkaitan :

coded by nessus

Tags: ,

  1. salam maulidurasul, moga kita dapat sama2 dapat mencontohi Baginda Rasullah

    Reply

  2. ok, dah setel..
    masalah di ceritera che pit dah di atasi

    Reply

  3. opps terlupa.. salam maulidur rasul gak

    Reply

  4. insyaallah..kita sebagai umatnya wajib mecontohi keperibadian baginda..
    selamat datang ke blog [mohdnadri.com]

    Reply

  5. alhamdulilah..usaha tangga kejayaan..

    Reply

  6. salam maulid utk CP jugaksss..

    Reply

  7. Harapkan sambutan itu sebagai booster aje kpd iltizam kita utk mengikut sunnah Rasul demi kejayaan kita dunia dan akhirat.

    Reply

  8. begitulah hendajnya. ameen..
    p/s: selamat datang Yunus Badawi ke blog [mohdnadri.com]

    Reply

  9. Perayaan Maulidur Rasul sedapat mungkin, biarlah dapat kita manfaatkan untuk menambahkan keimanan dan melaksanakan sesuatu yang berfaedah.

    Reply

  10. orang muda tak ramai nak dtg ke Majils Maulidur Rasul berbanding dgn Konsert Jom Heboh…alahai!!

    Reply

  11. Mlm tadi konsert jom heboh…bercampur pergaulan lelaki dan perempuan…terlalu padat dan sendat dgn lautan manusia…terlompat2..terkinja2….
    Bila Majlis Maulidur Rasul boleh di kira bilangan kepala manusia…..spt zaman jahiliyah…

    Reply

  12. umat akhir zaman memang begitu eza, lebih suka kepada kemungkaran (maaf klu ada yg tersinggung)..mengikut pengalaman saya, Majlis Maulid biasanya utk org2 tua sahaja..anak2 remaja boleh dikira dengan jari shj…

    padahal dlm majlis ilmu seperti ini Allah telah menjanjikan pahala yg besar bagi sesiapa yang menghadirinya…

    Reply

  13. sala,, maulud dulu2 best sangat. meriah. tapi now macam dah kurang aje sambutannya :(

    Reply

  14. waalaikumsalam.. betul tu lizz.. manusia zaman sekarang lebih suka kpd hiburan & kurang minat akan smbutan berbentuk keagamaan / ilmiah..

    p/s: terima kasih lizz atas kunjung & komen yg ditinggalkan di blog [mohdnadri.com]

    Reply