Create your own banner at mybannermaker.com!
BLOG JIWA KACAU Blog Jiwa Kacau... · Saya Suka Yang Mudah & Percuma..

Saya Suka Yang Mudah & Percuma..

Saya berpendapat tentunya anda semua pernah melihat logo ini dan juga pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini. Adakah tekaan saya benar?

Umum telah mengetahui bahawa mudah.com.my merupakan antara medium pengiklanan dalam talian (online) yang kian popular di negara ini. Banyak bisnes yang boleh dibuat disana sekiranya kita pandai mengambil peluang.

Saya telah mengambil peluang dengan menggunakan mudah.com.my untuk menjual barang-barang lama saya yang tersimpan di dalam stor yang tinggal menunggu masa untuk dipungut oleh lori Southern Waste.

Antara barang-barang yang telah terjual melalui laman web tersebut adalah:

  1. HP Sony Ericsson Model w2801; Harga jual RM280/-; pembeli cina (johor bahru)
  2. Pengurut Kaki Osim i Squeeze; Harga jual RM550/-; pembeli melayu (skudai)
  3. Speaker Kereta Mohawk 4″; Harga jual RM50/-; pembeli melayu (plentong)
  4. Monster THX S-Video Cable; Harga jual RM60/-; pembeli melayu (penang)
  5. D Link Wireless USB Adapter; Harga jual RM60/-; pembeli india (senai)
  6. Kasut Nike; Harga jual RM100/-; pembeli melayu (pasir gudang)

Barang-barang ini telah berjaya dijual kurang daripada 7 hari. Alhamdulilah, saya tak ada menerima apa-apa rungutan daripada pihak pembeli.

Sekiranya anda berminat untuk menjual barang-barang lama anda di mudah.com.my pastikan barang-barang tersebut masih boleh digunakan. Elakkan daripada melakukan penipuan ketika menjalankan urusan jualbeli.

p/s: Klik SINI untuk mengetahui strategi bagaimana mudah.com.my menjana keuntungan secara online. (kredit kepada pemilik blog rohaizad.com)

MASUKKAN E-MAIL ANDA UNTUK MENERIMA ARTIKEL TERBARU BLOG INI

Delivered By FeedBurner

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 451


Artikel Berkaitan :

coded by nessus

Tags: , , ,

  1. setuju sangat ngan mudah tu, saya pun iklan rumah sewakan rumah guna benda tu jer, sekejap dapt, tak payah cari agen lagi…hehehe

    Reply

    1. memang senang, mudah & jimat kansss!! kena berterima kasih kepada mudah.my

      p/s: terima kasih di atas kunjungan & komen en. tomyam. jemput dtg lagi yaa..

      Reply

  2. yer..saya gunakan mudah utk cari rumah sewa..belum pernah jual or iklankan barang lg la..

    Reply

    1. ak payah susah2 nak beli surat khabar @ ronda2 cari rumah sewa kanss!! jimat, jimat..

      Reply

  3. Salam,
    Eza tau mudah memang mudah…….

    Reply

    1. waalaikumsalam. betul sangat tuhh eza..lepas nie blh lah promote kuih-muih eza dkt mudah.my..insyaallah akan ada pertanyaan drp pegunjung..

      Reply

  4. Memang selalu juga guna mudah.my nih! Selalunya saya akan iklankan barang-barang usang yang terdiri daripada komponen komputer yang malas saya nak simpan.

    Reply

    1. tahniah ariff!!..tp kena pastikan barang2 tu masih boleh digunakan lagie yaa..

      Reply

  5. saya berjaya menjual hp sony ericsson G900 hanya selepas 5 jam meletakkan iklan tu dlm mudah. tak menang tangan daddy dah menjawab call n sms yg dtg bertalu2. hp tu baru lagi tp touch screen dah kondem…jadi daddy jual murah je i.e. rm280 sbb pembeli tu kena kuar duit utk baiki benda tu. Wallahualam.

    Reply

    1. tahniah daddy!! bg saya mudah.my mmg satu medium pengiklanan yg berkesan..tp klu barang tu dah rosak, elok bgtau pembeli tu awal2..lepas tu biar dia decide samada nak beli @ tidak!!

      Reply

  6. nadri, sorry tersilap, anak buah saya interview pengarah urusan Chamek di Pasir Gudang. Takde kene mengena dgn anta kot, saya lupa pulak anta punya chamek di Bandar Baru Uda, kan.
    wassalam

    Reply

    1. indirectly ada tuan..buat untuk pengetahuan tuan, Chamek Kopitiam BBU adalah kepunyaan saya & rakan2 biz yg lain..kami menjalankan biz kopitiam tu secara franchais yg mana franchais fee itu kami bayar kepada pengarah urusan Chamek Pasir Gudang (franchaisor)..

      Reply

  7. Boleh try ni…byk gak barang nak letgo

    Reply

    1. dengan kawan2 boleh la bagi diskaun..

      Reply

  8. kena selongkar stor la lepas ni

    Reply

    1. banyak boleh dapat duit tuhh…boleh belanja makan lepas nihh!! hehe

      Reply

  9. ngeh ngeh ngeh.. tak reti ler pulak ank delete binatang ni.. tersilap tadi ni.. ampun diminta, hamba ni rabun it sikit, hehe

    Reply

    1. ok..komen CP yg nasty tu saya dah delete..

      p/s: jgn lepas nie CP jual tubuh dkt mudah.my sudah laa..hehehe..

      Reply

  10. I see, tu la tadi dia kata, kalau nak buat franchais at least kena ada RM50,000 ke atas utk satu cawangan. Oppss… tertulis pulak benda2 macam ni dlm ruang komen.

    Reply

    1. lepas nie kena PM dkt FB @ e-mail tuan..hehe

      Reply

  11. :D Saya jual barang yang sudah dipastikan OK! Yang tak ok Saya tolak ke karung guni.

    Reply

    1. satu tindakan yg bijak..barulah penjual & pembeli sama2 gembira..

      Reply

  12. ngeh ngeh ngeh, kalau laku nak gak.. tapi ada ke yg nak beli muahahahaha..

    Reply

    1. CP kan ensem..mesti laku punyer lah..ahaks, ahaks..
      tom cruise

      Reply

  13. Setakat ni, blum pernah lagi jual barang. Cari rumah nak beli@sewa adela..nak kene carik barang nak jual la..hehe..

    p/s – thanks for sharing

    Reply

    1. takpe..lepas nie kalau ada barang yang dah tak pakai tuu, bolehlah hafiz jual dkt mudah.my

      p/s: sharing is caring kanss???

      Reply

  14. tak faham sebenarnya… kalau ada orang nak beli… kena jumpa dia ker??? cam ner kalau yng jual kat Penang, yang nak beli kat Johor… musykil… kalau nak diposkan… bayar dulu ke atau camner…. kalau hantar barang dulu, percaya ke si penjual, kalau bayar dulu.. percaya ke si pembeli ???
    bujang3´s last blog ..Adhoc jer !!! Tak dirancang pun !!! Outing kat Ulu Chepor !!!My ComLuv Profile

    Reply

    1. biasanya klu pembeli di Penang & penjual di Johor, pembeli akan masukkan wang keakaun penjual terlebih dahulu..lepas tu baru brg akan dihantar oleh penjual..risikonya mmg ada..tp dlm kes jual beli spt ini, kejujuran memainkan peranan utama..ada juga yg kena tipu yg mana duit dah bayar tp brg tak sampai2..

      lebih baik klu kita beli brg drp penjual yg berhampiran dgn kita shj utk mengelakkan ditipu..brg pun kita blh tengok dulu..klu puas hati baru beli..

      Reply

      1. ooo!!! cam tu…kira bahaya jugak la…. kena buat pertemuan dulu la kalau nak beli… sekarang ni , susah nak jumpa orang yang jujur… bukan tak ada tapi “SUSAH” nak jumpa!!!!!
        bujang3´s last blog ..Khasiat madu memang dah diketahui ditambah pula dengan kulit kayu manis-My ComLuv Profile

        Reply

        1. nak lagi selamat, beli sahaja dekat kedai…dpt brg baru & ada jaminan..tp ada sesetengah org suka beli barang second hand..mgkn pasal murah & within diaorg punya budget..

          Reply

  15. saya pernah juga masuk laman web mudah.my tapi masih belum buat sebarang urusan jual beli kat sana..
    Thoha´s last blog ..Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010My ComLuv Profile

    Reply

    1. klu nak beli brg tuu, kena berhati2..tkut nnti kena tipu…

      Reply