Create your own banner at mybannermaker.com!
BLOG JIWA KACAU Blog Jiwa Kacau... · SePetang di Pejabat Perhubungan Perusahaan Johor

SePetang di Pejabat Perhubungan Perusahaan Johor

(gambar ikhsan thestar.com)

Hari ini (Isnin) aku terpaksa ambil cuti separuh hari. Tujuannya adalah untuk menemani isteriku pergi ke Pejabat Perhubungan Perusahaan @ Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, Johor. Ada perjumpaan penting diantara isteriku dengan Penolong Pengarah Perhubungan Perusahaan dan wakil Sumber Manusia bekas majikannya (syarikat kejuruteraan kapal terkemuka @ pasir gudang).

Aku berharap perjumpaan hari ini akan memberi khabar gembira @ melegakan buat isteriku. Bukan wang ringgit yang kami mahukan sebaliknya cuma keadilan semata-mata. Ternyata untuk mencari kebenaran bagi sesuatu perkara bukanlah perkara yang mudah malah memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.

Aku berharap agar isteriku akan terus mendapat kekuataan bagi menghadapi situasi ini.

Buat kawan-kawan yang sekarang masih bekerja makan gaji, cuba luangkan sedikit masa untuk layari laman web rasmi [+Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia+]. Ketahui serba sedikit fungsi jabatan tersebut dan juga hak kita sebagai pekerja sekiranya kita ditindas/diberhentikan oleh majikan.

Hari tak selalunya cerah. Kekadang akan mendung, hujan, ribut petir, banjir dan sebagainya. Begitu juga dengan nasib kita sebagai pekerja.

p/s:

1) kawasan disekitar Wisma Persekutuan Johor Bahru selalu dilanda banjir kilat. Banyak dah kenderaan yang rosak dimasuki air. Berhati-hati ketika berurusan disekitar kawasan ini terutamanya pada musim hujan.

2) abc dan ais kacang yang dijual di food court berhampiran wisma persekutuan JB memang syiok.


MASUKKAN E-MAIL ANDA UNTUK MENERIMA ARTIKEL TERBARU BLOG INI

Delivered By FeedBurner

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 479


Artikel Berkaitan :

coded by nessus

Tags: , , , ,

  1. wah..musim hujan nak mandi pun best ka..heee

    Reply

    1. dulu rumah dkt kg klu hujan lama sikit mmg confirm naik air..yg bestnya dpt mandi & main rakit batang pisang dkt parit depan rumah..

      Reply

  2. ituari baru je gi wisma persekutuan buat paspot kaum kerabat.. xlah banjir.. ehehe

    muger2 dipermudahkan urusan isteri kamu.. insyaAllah
    en_me´s last blog ..my mother is sickMy ComLuv Profile

    Reply

    1. rasanya skrg dah tak banjir lg kot..pasal longkang dah dibesarkan..
      terima kasih atas doa itu yaa en_me..insyaallah..

      Reply

  3. Wahh dah sampai naik Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia ni.. tentu ada isu besar!
    anif´s last blog ..Nurin Amani Sudah 2 Tahun!My ComLuv Profile

    Reply

    1. mmg ada isu besar..bknnya boleh suka2 pergi sana klu takde apa2 alasan yang konkrit..

      Reply

      1. Harap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin..
        anif´s last blog ..Nurin Amani Sudah 2 Tahun!My ComLuv Profile

        Reply

        1. terima kasih bro..amin..

          Reply

  4. la… orang jb ke? ada kerja kosong tak? baru je habis degree ni.
    RozaniGhani´s last blog ..AnimeVisual Theme Anime MenarikMy ComLuv Profile

    Reply

    1. betul..sya org JB..klu nak cari kerja kosong, cuba klik kat sini, http://malaysiajobs.biz/. mana tahu ada rezeki..terima kasih atas kunjungnya..

      Reply

  5. semoga segala urusan tu setle bro…
    azizan4444´s last blog ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada NuffnangMy ComLuv Profile

    Reply

    1. terima kasih bro..itu lah yg diharapkan..

      Reply

  6. area wisma tu memang air akan naik setiap kali hujan lebat-sekarang tak tau lah .

    moga hak si isteri dapat dapat diperjuangkan dengan seadil-adilnya.

    *dah dua hari hujan lebat kat muar ni*
    sangilapi´s last blog ..cerita tetamu ituMy ComLuv Profile

    Reply

  7. kasihhan pada org2 yang menghadapinya kan..huhu..

    Reply

    1. sebab itu perlukan pembelaan yg sewajarnya…

      Reply

  8. Salam Nadri..

    Eza doakan segalan urusan berjalan lancar dan mendapat perhatian yg sewajarnya.
    Kalau berurusan dgn gomen ne kita nak kena follow up selalu.Bukan semua jabatanlah (b’psangka baik).

    Reply

    1. W’salam eza,
      Terima kasih atas doa itu..Sya pun berharap agar cepat dpt diselesaikan..malas nak turun naik pejabat gomen byk kali..
      Pegawai gomen yg handle kes wife saya nie nampak mcm agak membantu..13/7 nie ada rundingan damai buat kali ke-2

      Reply