Create your own banner at mybannermaker.com!
BLOG JIWA KACAU Blog Jiwa Kacau...

Walaupun belum 2 minggu kita berpuasa, tetapi bahang persiapan menyambut hari raya sudah kian dirasai. Di kompleks membeli belah yang aq pergi seperti di Plaza Angsa dan Jusco Tebrau City, lagu2 raya sudah pun dimainkan. Pastinya seronok membeli belah kans???

Sambutan hari raya pasti tidak lengkap tanpa baju raya baru. Bagi orang Johor, pastinya Baju Kurung Teluk Belanga menjadi pilihan. Boleh dikatakan majoriti orang Johor pakai baju ini ketika menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Yang bestnya, Sultan Johor pun turut sama memakai Baju Kurung Teluk Belanga ketika dimajlis2 rasmi negeri dan agama.

Baju Kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung @ Baju Kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Bagi yang dah kawin, bolehlah bertukar2 baju kurung dengan suami @ isteri. Jimat sikit belanja duit raya.

Read the rest of this entry »

number of view: 268

(Sekadar Gambar Hiasan)

Assalamualaikum buat semua. Moga kita makin bersemangat dan seronok untuk meneruskan ibadah puasa yang dah masuk hari ke-9.

Dalam Al-Quran Allah swt ada menyebut pelbagai ujian ke atas manusia. Secara umumnya, ada 4 jenis ujian yang diberikan Allah swt kepada kita sebagai hambanya;

PERTAMA : UJIAN MENTAATI PERINTAH ALLAH SWT

Contoh ujian ialah seperti solat, puasa, membayar zakat, mengerjakan haji, menutup aurat, berkata baik dan lain-lain. Perkara-perkara ini memang amat berat untuk dilakukan oleh umat islam zaman sekarang walaupun mengetahui akan hikmah, manfaat dan kebaikkannya. Sesiapa yang patuh akan perintah Allah swt, sesungguhnya mereka itu akan beroleh kenikmatan dan kesenangan di hari akhirat kelak.

KEDUA : UJIAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH SWT

Minum arak, mencuri, zina, buang bayi, mengumpat, berbohong, tikam nombor ekor dan lain-lain. Walaupun perkara-perkara ini nyata ditengah dalam ajaran agama islam, tetapi ramai yang gagal untuk mengawal nafsu sendiri lantaran cenderung untuk melakukannya. Lihatlah kes buang bayi dan orang tua yang tidak ada kesudahannya.

Read the rest of this entry »

number of view: 411

(Gambar Sebenar Hidangan Bernilai RM2.00)

Ramai orang mengeluh pada bulan puasa tahun ini kerana harga juadah yang dijual dikebanyakkan bazar-bazar ramadan melambung tinggi bak mercun “Thunder Clap”. Apa tidaknya, harga barang mentah asas membuat juadah seperti tepung dan gula dah lama naik.

Ini di tambah pula dengan kenaikkan harga bahan api. Memang tiada alasan lagi untuk peniaga tidak menaikkan harga makanan.

Tapi disebalik berita kurang enak ini, ada pula berita baik buat mereka yang berada di kawasan Shah Alam & kawasan-kawasan yang berdekatan. Ini kerana ada sebuah restoran yang diberi nama “Restoran Malaysia Negara Ku” menawarkan pakej berbuka puasa dengan harga RM2-00 seorang.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan (IC) sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Dengan harga RM2.00, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan 3 @ 4 jenis lauk sepuas-puasnya dan segelas air

Read the rest of this entry »

number of view: 1131

Sebenarnya aq dapat ilham untuk buat entri kali ini ketika menziarahi blog eTomyam siang tadi. Kebetulan entri terbaru diblog beliau mengenai koleksi iklan Hari Raya terbitan Petronas.

Ternyata iklan Petronas bukan sekadar iklan kosong tetapi mempunyai mesej yang amat padat. Siapakah agaknya yang mengarahkan iklan Petronas nie yaa???

Memang tak dapat dinafikan iklan memainkan peranan yang amat besar bagi sesebuah syarikat untuk memasarkan produk terbaru mereka dipasaran. Sesetengah iklan boleh memberikan impak yang besar dalam hidup kita. Ini kerana sesetengah iklan tersebut telah diterbitkan ketika kita masih kanak-kanak sekitar 20 tahun yang lalu, tetapi kita masih boleh mengingati iklan tersebut. Begitu hebat bukan kuasa pengiklanan.

Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 662

« Older entries